welcome

lc135 125zr

lc135 125zr

Tuesday 21 June 2011



tapi ade bahan yang nak aku taip hi




Hacker??  Operation Malaysia??
malaysia.gov.my?? ANONYMOUS??





Nuffnang Ads



dan banyak blog juga yang post entri yang same...
copy/paste.... biase lar tu... janji maklumat sampai...
cuma aku nak perbetulkan sikit jer...






Ni lah Official Web yang akan  mungkin

di hack oleh Anonymous : malaysia.gov.my





















Simptom yang mungkin telah berlaku apabila digondam (hacking...)
  • internet makin slow
  • kecurian data dan maklumat sulit
  • malware dan spamware membiak dengan pantas
  • banyak web berkaitan gomen gagal untuk di akses.
  • Server down seluruh negara.
Malaysia dah biase kena hack dengan Indonesia...
Alah Bisa memang dah kena... sampai terbiase...
Pandai lar CyberSecurity buat keje...
Korang buat bodo sudehhh...


Tapi yang aku pelik...
kenapa Group ANONYMOUS nak menyibuk pulak??
Adakah kerana entri aku yang lepas??
Jeng... jeng... jeng.... 

Tak kot... 
Ini Group Terbaik Segar dari Ladang...


Ramai blogger/visitor nak tahu pasal ni kerana video 
yang di upload  oleh TechUnderscored / TheAdCrowther







Pesanan dari makhluk ni...

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour.

Bahasa tunggang langgang...
Ni lepas aku translate....
(guna Google Translate : English -> Malay )
ctrl+c pastu ctrl+v kat posting...

Salam, Malaysia, Kami telah melihat sensor yang diambil oleh kerajaanMalaysia, menyekat laman-laman seperti The Pirate Bay, dan Wikileaks.Malaysia adalah salah satu daripada kerajaan-kerajaan dunia ketat,bahkan menghalang filem, dan televisyen. Tindakan ini sensor yang tidak boleh dibenarkan. Anda mengambil pergi satu hak asasi manusia.Internet adalah di sini untuk kebebasan, tanpa takut campur tangankerajaan. Jangan berfikir bahawa tidak ada notis lain. kerajaanberstruktur anda telah selesai bercakap, dan kami telah mendengardengan keras dan jelas. Biarlah ini menjadi sebuah pengumuman untuksemua orang anda. Ini adalah tanda, amaran, dan kesempatan untukmendengar idea di atas anda sendiri. Di satu sisi anda sedang keraskepala. Tapi bagaimana ini akan membantu siapapun atau negara anda.Kami bimbang bahawa jika anda membuat keputusan lebih lanjut untukmerebut kebebasan manusia. Kita bertanggungjawab untuk bertindakcepat dan mempunyai belas kasihan. Untuk aturan itu bertujuan untukdilanggar. Dan rasuah itu dimaksudkan untuk menjadi hanyut dandiampuni. Sekarang kita akan mencuci rasuah anda pergi jadibersiaplah. Ambil ini sebagai bantuan.

Do you understand... Noob... 

kire gempak gak lar....
tapi yang part RASUAH tu aku suspect...
satu dunia dah tahu negara Malaysia penuh dengan
makhluk perut buncit yang makan RASUAH...
"Politikus Wang" bahasa manje nya...

Politikus sedap makan rasuah...
link download Politikus BLOCK...
memang berbaloi-baloi....

sekadar download movie, mp3,games... 
itu semua benda picisan...
tak payah download....
copy/paste jer...




Tapi itu 2nd punye citer....





WHO ARE ANONYMOUS?? 

http://advocacy.globalvoicesonline.org/wp-content/uploads/2009/06/vanonymous.jpg



http://cache.ohinternet.com/images/8/8b/AnonymousBecause.jpg

Jika anda anggap ANONYMOUS...
Hero penyelamat dunia...
Anda SILAP....



http://flangenimblick.files.wordpress.com/2009/06/anonymous_propaganda_by_raithesheep.jpg

http://officialmagicpg.files.wordpress.com/2011/05/anon2012posterdk31.jpg


Jika anda menyokong mereka...
Anda dalam BAHAYA...
Mereka adalah golongan FREETHINKER. INSTIGATOR...
Yang mungkin mempunyai TIPU MUSLIHAT
yang tidak diketahui...


http://www.tagbanger.com/wp-content/uploads/2009/03/anonymous.jpg

http://www.tntmagazine.com/cfs-filesystemfile.ashx/__key/CommunityServer.Components.SiteFiles/TNT+TODAY+BLOG.1446/anonymous.jpg
http://scm-l3.technorati.com/11/04/27/32421/Anonymous.gif?t=20110427092203


Jumlah pengikut/follower yang
sentiasa bertambah dari hari ke hari...




http://i.current.com/images/asset/906/065/60/3HCbMZ.png


http://cyber.guruwebsoft.com/wp-content/uploads/2009/09/anonymous-hackers.jpg
http://flangenimblick.files.wordpress.com/2009/06/anonymous-scientology.jpg

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4f/Anonymous_Scientology_4a_by_David_Shankbone.JPG/300px-Anonymous_Scientology_4a_by_David_Shankbone.JPG

http://freeassange.org/wp-content/uploads/2010/12/Anonymous_2.jpeg

http://laist.com/attachments/la_andy/v_for_vendetta.jpg


http://cdn.thenextweb.com/in/files/2011/06/Anonymous.jpg



Mereka bukan sekadar Hacker....
Mereka pencetus Propaganda....
Memang agak criminal bunyinya...
Tapi hakikatnya memang macam tu...


http://www.thetechherald.com/media/images/201114/Anon_PayBack_AnonymousArtwork_top.jpg

http://www.ms-studio.com/images/banner-anonymous580x290.jpg

http://juixe.com/techknow/wp-content/uploads/2008/09/anonymous-wordle.png

http://www.ms-studio.com/FontSales/images/anondisplay.gif



biar aku citer serba sikit kepakaran ANONYMOUS ...

Boleh dikategorikan Highest Hacker...
??? (berkerut dahi.. tak faham...)
kalau dapat hack account facebook...
tu lar hacker paling lowest...
tak payah susah-susah...
pakai software pun dah boleh hacked...

Tapi ini ANONYMOUS....
Segala yang berkaitan teknologi adalah
dihujung jari tangan dan jari kaki mereka...
Ideolisme kebebasan sememangnya
diserap dalam group ini....
Mereka menyerang bukan untuk siapa....
Tapi untuk kebebasan yang tiada batasan....

Aku yakin mereka dah lama menyelinap
dalam rangkaian server web Malaysia...
cuma tak mahu dijadikan bahan cerite...


dalam group ni pun mereka
tak mengenali secara jelas ahli mereka...
mungkin sorang ade kat Korea...
sorang kat India... sorang kat Spain...
Sorang kat China... Sorang kat England... 
Sorang kat Russia... sorang kat Amerika...
sorang kat Indonesia...
dan mungkin sorang dari group mereka
di Cyberjaya@Putrajaya....
mereka berupa entiti yang sukar untuk dikenalpasti... 











p/s: aku tengok topeng ANONYMOUS...
       Teringat citer movie SAW...
       Tak takut... Seram jer...

 http://snarkerati.com/movie-news/files/2010/08/saw-franchise.jpg




Tapi sebenarnya Topeng V for Vandetta...
Design lagi smart dari Topeng SAW...

http://www.moneyteachers.org/images/V.jpg


Topeng tu dihasilkan sempena seorang lelaki yang bernama Guy Fawkes. Dia ni cuba menjatuhkan kerajaan England dengan meletupkan bangunan parlimen dan membunuh Raja England. Tapi tak berhasil. Akhirnya dia ditangkap dan dibunuh. Boleh dikatakan Anonymous ni mungkin nak menjatuhkan kerajaan di dunia ni satu persatu. Sebab tu dorang pakai topeng tu dekat public.
Kalau korang nak tahu mengenai Guy Fawkes ni cuba tonton filem V for Vendetta. 








Hope your good actions
to "SHARE/TWEET" this article ...
Thank you ... (",)


Mohon jasa baik anda
untuk "SHARE/TWEET" artikel ini...
Terima Kasih... (",)

Thursday 9 June 2011

                                                  lawaq sengal
Lawak ni aqu teringat masa kecik2 dulu ayah aqu ada ceritakan tentang lawak ni. Lawak ni sememangnya lawak dan sangat lawak bagi sesiapa yang meminati lawak. Tapi, aqu dah lupa tentang lawak ni. Tapi, siang tadi, aqu berkunjung ke sebuah site tanpa sengaja dan menjumpai lawak ini semula. Tapi lawak yang aqu jumpa ni dalam Bahasa Inggeris. So, aqu terpaksa la translate.

Ni dia lawaknya.
(aqu dah tokok tambah sebanyak mungkin.panjang asalnya hanya 1 perenggan 5 baris)

Terdapat dua orang adik-beradik sedang bermain2 di taman permainan berhampiran sebuah Balai Polis kecil. Seorang namanya Diam dan seorang lagi namanya Gaduh.

Nama ini diberi oleh ibu bapa mereka melalui perbuatan mereka ketika baru lahir. Si Diam ni, keluar2 je dari perut ibunya, tak pernah menangis walaupun sekali. Itulah sebabnya nama dia DIAM. Yang si Gaduh ni pulak, sejak dalam perut asyik menendang je. Keluar dari perut pon kakinya tak tahu nak duduk diam walaupun sesaat. Jadi, Ibu Bapanya pun decide nak letak namanya GADUH.

Ketika asyik mereka berdua ni bermain. Tiba2 si Gaduh hilang. Diam pon jadi tak tentu arah macam orang gila. Sampai orang gila tepi jalan pon pelik tengok dia. Dia memikirkan cara untuk mencari adiknya semula. Tiba2 dia dapat satu Idea, dia bergegas ke dalam Balai Polis yg berhampiran itu dan menuju ke kaunter pertanyaan. Dia pon menjerit2 kat Mak Cik polis penjaga kaunter tu.

Diam : Polis2, "Adik saya hilang", "Adik saya hilang".
Polis: Ok, bertenang. Sebelum tu, apa nama kamu?
Diam : DIAM!!!
Polis: Saya tanya betul2 ni. Nak isi borang. Apa nama kamu?
Diam : DIAM!!! la saya kata.
Polis: KENAPA DENGAN KAMU NI, APA NAMA KAMU?!(Naik Berang)
Diam : Saya kata DIAM!!!
Polis: KAMU DATANG NI NAK CARI GADUH KE?
Diam : Memang saya nak cari Gaduh.
Polis: APA KAMU CAKAP?
Diam : Saya cakap, saya nak cari Gaduh.

Mak Cik polis tu pon menumbuk muka si Diam ni sekuat hati. Diam pon pengsan tanpa banyak bicara. Rupa-rupanya si Gaduh ni sedang membeli Ais-Krim kat tepi padang tu. Aduhai, malangnya nasib si Diam ni.

Marilah kita ramai2 sedekahkan takziah kepada keluarga Gaduh kerana Diam telah meninggalkan dunia. Makcik polis itu pon dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh.

~THE END~

Best Tak?

Friday 3 June 2011


cerita hantu seram
Terdapat sebuah asrama di mana semua pelatih untuk menjadi jururawat tinggal. Mereka-mereka ini masih lagi belajar untuk menempatkan diri sebagai jururawat sekeluarnya mereka dari pusat latihan tersebut. Mereka tidak mempunyai apa-apa masalah di asrama itu sehingga kini. 

Beberapa minggu kemudian, seluruh asrama diarahkan untuk berpindah ke asrama yang lain. Asrama yang lain itu tidaklah terlalu jauh daripada asrama sebelumnya. Arahan ini dikeluarkan atas alasan keadaan bangunan asrama lama yang kurang memuaskan dan khuatir akan mengancam nyawa di mana bangunan itu mungkin sekali akan runtuh. 

Para pelatih pun mengemas barang-barang mereka dan berpindah ke asrama baru yang lebih cantik. Dalam banyak-banyak pelatih jururawat ini, terdapat 3 orang sahabat yang sangat rapat ibarat isi dengan kuku. Mereka ini ialah Nita, Aisyah dan Nurul. Mereka ditempatkan di dorm bernombor 342. Mereka bertiga ni yang peliknya suka sangat bercerita cerita hantu di waktu malam. Bukan itu yang peliknya, yang peliknya ialah sebenarnya mereka ni jenis orang yang sangat penakut. Bak kata pepatah Bunk, "Tak Sedar Diri Lah Katakan". Bayangkan, mereka ni penakut tetapi suka bercerita pasal hantu tambahan pula di waktu malam. Eeee, peliknya. 

Sedar tak sedar, malam pun tiba. Setelah selesai menjamah makanan yang disediakan di dewan makan, para pelatih pun pulang ke dorm masing-masing. Begitu juga Nita, Aisyah dan Nurul. Mereka juga pulang ke dorm mereka. Mereka menyiapkan diri masing-masing untuk tidur. Apabila ketiga-tiga mereka meletakkan kepala di atas bantal, mereka cuba melelapkan mata. Malangnya, ketiga-tiga mereka masih tidak dapat tidur. Apa lagi, mereka pun mulakanlah kerjaya mereka dengan bercerita cerita hantu. Masing-masing ada cerita hantu. Walaupun kaki dah menggeletar dan berpeluh-peluh, tetapi mereka masih menggagahkan diri untuk mendengar cerita hantu yang diceritakan. Tak lama kemudian, tiga sahabat tadi pun tertidur. 

Tepat jarum jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, Nita dengan tiba-tibanya terjaga dari tidur yang lena atas alasan hendak membuang air kecil. Malangnya, dorm 342 agak jauh dari tandas. Kisah hantu yang diceritakan oleh Aisyah dan Nurul tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. ini membuatkannya berasa takut untuk pergi ke tandas seorang diri. Dia pun cuba mengejut Aisyah dan diakhiri dengan kegagalan. Kemudian dia mengekut Nurul lalu Nurul menjawab, "Saya mengantuklah, awak pergi la sendiri. Tak ada apa-apa pun. Jangan takut". Dengan kata-kata gramatis yang dilontar itu, Nurul pun menyambung tidurnya. 

Dalam keadaan yang memberanikan diri, Nita pun berjalan menuju ke tandas yang terletak di tingkat bawah. Setiap bulu roma Nita juga menegak dengan jitu dan padu. Akhirnya, Nita pun tiba di tandas. Dia pun masuk tanpa rasa segan dan silu. Semasa dia sedang menunaikan hajatnya, dia terbau sesuatu yang sangat harum. Nita pun menjenguk di luar pintu tandasnya. Dengan perasaan yang amat terkejut dan takut, Nita menutup mulutnya menggunakan tangan untuk mengelak daripada didengari oleh apa yang dia nampak. 

Nita melihat sesuatu yang menyerupai manusia sedang duduk bertinggung mencuci pakaian. Rambutnya panjang dan berwarna putih. Nita teringat akan kata-kata ibunya, jika ternampak sesuatu yang aneh, cubalah tegur. Nita pun bergerak perlahan-lahan ke arah wanita itu dan menegur, "Siapakah kamu?". Tiada jawapan diterima. Tanpa berputus asa, Nita bertanya lagi, "Kenapa kamu Berada Di Sini?". Masih tiada jawapan diterimanya. Pertanyaan ketiga Nita pun dilontar, "Apa Yang Bau Wangi Sangat Ni?". Akhirnya, wanita itu melihat ke wajah Nita dan berkata "Makcik Guna Sabun DAIA baru, Lupekan yang Lain". 

Rupa-rupanya mak cik tua itu menumpang di tandas asrama itu untuk mencuci pakaian kerana bekalan air di rumahnya yang tidak jauh dari situ terputus bekalan air. Nita pun berasa lega dan menuju pulang ke dormnya. Tidur Nita lena sungguh malam itu. 

~TAMAT~ 

Rujukan : 

1) DAIA : Jenama sabun Pencuci Pakaian


 


2) Lupekan Yang Lain : Tagline bagi jenama DAIA yang dapat kita dengar dalam iklan-iklan TV.



~HABIS DAH~ 
                                  comidy cintan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu.hahaha